PUTRAJAYA: Persatuan OKU Sentral mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan perkhidmatan jurubahasa isyarat, dalam semua urusan rasmi agensi itu, terutamanya ketika berhubung dengan Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan pertuturan.
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata usaha ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan menerusi Pelan Tindakan OKU 2016-2022, yang menekankan usaha untuk meningkatkan tahap aksesibiliti golongan OKU kepada maklumat dan komunikasi.
Beliau berkata sebelum ini terdapat keterbatasan dari segi komunikasi kerana OKU pendengaran susah untuk meluahkan perasaan mereka.
"Justeru selepas ini SPRM adalah agensi yang begitu inklusif dan tidak meninggalkan sesiapa. Tiada sesiapa yang tertinggal dalam komunikasi agar kami tidak merasakan kami ni masyarakat kelas ketiga," katanya kepada media ketika ditemui pada majlis penutup Program Antirasuah Bersama Komuniti Orang Pekak anjuran SPRM, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) berkata kegiatan rasuah telah mendiskrimansi golongan OKU dalam pelbagai cara, antaranya ia menjadikan OKU lebih terdedah kepada salah guna kuasa.
Ras Adiba berkata diskriminasi juga mengakibatkan kesan rasuah ditanggung secara tidak seimbang oleh OKU serta menimbulkan halangan untuk mangsa rasuah daripada mencari keadilan.
Beliau berkata ciri-ciri tertentu boleh menjadikan sesetengah OKU lebih terdedah kepada rasuah berbanding yang lain.
"Itu termasuk ketidakupayaan intelektual dan ketidakupayaan psikososial manakala kanak-kanak, orang tua dan wanita kurang upaya mungkin mengalami bentuk rasuah diskriminasi yang lebih teruk," katanya.
Mengenai prorgam hari ini, Ras Adiba berkata SPRM merupakan agensi penguatkuasaan undang-undang pertama di negara yang mengadakan program kesedaran mengenai rasuah bersama komuniti OKU pendengaran.
Beliau berkata kira-kira 100 orang ahli dari Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah menyertai program tersebut.
"Banyak manfaat serta pengetahuan yang sangat berguna diperolehi melalui program hari ini dan yang paling penting sekali jambatan yang menghubungkan SPRM dan komuniti pekak telah terbina melalui MFD," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022
Ras Adiba berkata, sebelum ini terdapat keterbatasan dari segi komunikasi kerana OKU pendengaran susah untuk meluahkan perasaan mereka. - Gambar/ Bernama
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Tiga inisiatif kepada Perkeso tekad kerajaan wujud ekonomi inklusif mampan
Tiga inisiatif utama Belanjawan 2025 yang dikhususkan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencerminkan tekad kerajaan mewujudkan ekonomi MADANI yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.