awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa

Bernama
Bernama
14/01/2025
14:52 MYT
SPRM, FBI tingkatkan kerjasama banteras jenayah rasuah antarabangsa
Kunjungan hormat FBI diketuai Atase Undang-Undang Jagdeep Khangura ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini. - Foto Facebook SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Menurut hantaran Facebook SPRM hari ini, kerjasama itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat FBI diketuai Atase Undang-Undang Jagdeep Khangura ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu memfokuskan kepada kerjasama risikan dan siasatan dalam kes-kes berprofil tinggi melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Azam berkata SPRM bersedia untuk memberikan kerjasama menentang rasuah termasuk dalam aspek pencegahan pengubahan wang haram.
"Kekuatan serta keakraban hubungan di antara SPRM dan FBI jelas diperlihatkan melalui pencapaian pemulihan aset terutamanya daripada kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#FBI
#kerjasama
#banteras jenayah rasuah antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan