SPRM Kedah reman semula pendakwah bebas, ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan

Suspek terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dalam lingkungan 30-an, ditahan sekali lagi kira-kira 6 petang semalam di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani melibatkan siasatan kes lain. - Foto SPRM
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman semula seorang pendakwah bebas serta ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di negeri ini kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.
Ringkasan AI
- Reman semula seorang pendakwah bebas serta ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah di Kedah oleh SPRM disyaki bersubahat menyeleweng dana RM1.3 juta.
- Suspek lelaki dan wanita berusia 30-an ditahan semula di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani kerana siasatan kes lain, termasuk meluluskan pembayaran untuk pembelian rumah bernilai RM500,000.
- Siasatan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) berpandu kepada Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dalam kes ini.
"Pendakwah bebas yang juga pengarah urusan institusi itu direman buat kali kedua kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun persendiriannya.
"Pada masa sama, siasatan mendapati dua suspek terlibat telah meluluskan pembayaran untuk pembelian rumah bernilai kira-kira RM500,000," katanya.
Semalam, dua suspek itu ditahan reman kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 sebagai bayaran mengumpul dana institusi pusat pendidikan dan dakwah tersebut tanpa mendapat kelulusan rakan kongsi lain.
Mereka ditahan reman sehari selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani dan dibebaskan pada 5 petang hari sama.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata siasatan yang dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM sejak Oktober tahun lepas dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


