awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendakwah bebas terkenal direman SPRM, disyaki salah guna kuasa

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2026
05:53 MYT
Pendakwah bebas terkenal direman SPRM, disyaki salah guna kuasa
Dua individu dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani untuk permohonan reman SPRM. -Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas kerana disyaki salah guna kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran mengumpul dana sebuah institusi pusat pendidikan dan dakwah.

Ringkasan AI
  • SPRM Kedah menahan reman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas atas dugaan salah guna kuasa meluluskan bayaran RM600,000 untuk mengumpul dana sebuah institusi pendidikan dan dakwah.
  • Majistret Noorfazlina Musa mengeluarkan perintah reman sehari terhadap suspek lelaki dan wanita berusia 30-an selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Sungai Petani.
  • Siasatan SPRM mendapati suspek utama lelaki didakwa menyalahgunakan jawatannya dengan kerjasama suspek wanita, meluluskan bayaran tanpa kebenaran rakan kongsi, tindakan yang melibatkan RM600,000.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Perintah reman selama sehari terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Noorfazlina Musa selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.
Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an telah ditahan kira-kira jam 1 petang Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek, masing-masing merupakan Pengarah Urusan Syarikat dan Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar September 2018.
"Suspek utama seorang lelaki dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya telah bersubahat bersama suspek kedua, seorang wanita dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 kepada suspek utama sebagai bayaran pengumpul dana tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain,” katanya.
Tambah sumber, siasatan yang dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM telah bermula sejak Oktober tahun lalu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapakah dua individu dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani? A: Mereka dibawa ke mahkamah atas permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana disyaki salah guna kuasa meluluskan bayaran kira-kira RM600,000.
  • Q: Apakah jawatan kedua-dua individu yang ditahan oleh SPRM? A: Mereka adalah seorang Pengarah Urusan Syarikat dan seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakauan.
  • Q: Apa tindakan yang diambil terhadap kedua-dua suspek setelah ditahan? A: Mereka dikeluarkan perintah reman selama sehari oleh Majistret Noorfazlina Musa selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sungai Petani.
  • Q: Bilakah suspek-suspek tersebut ditahan oleh SPRM? A: Mereka ditahan kira-kira jam 1 petang pada hari Rabu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.
  • Q: Berapakah bayaran yang didakwa telah diluluskan kepada suspek utama? A: Bayaran kira-kira RM600,000 telah diluluskan kepada suspek utama sebagai balasan pengumpul dana tanpa kelulusan rakan kongsi yang lain.

Topic Berkaitan
#SPRM
#pendakwah bebas
#salah guna kuasa
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan