awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM kenal pasti penjawat awam bermain golf ditaja orang berkepentingan

Bernama
Bernama
11/02/2017
14:48 MYT
SPRM kenal pasti penjawat awam bermain golf ditaja orang berkepentingan
AZAM: "Mereka ini (penjawat awam) dipercayai masih berdegil dan tidak memandang serius amaran yang dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini." - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengenal pasti beberapa penjawat awam yang masih berdegil bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan.
Tanpa mendedahkan sebarang nama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata badan antirasuah itu sedang menjalankan siasatan dan proses mengumpul bukti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.
"Mereka ini (penjawat awam) dipercayai masih berdegil dan tidak memandang serius amaran yang dikeluarkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad sebelum ini supaya berhenti bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan," katanya kepada Bernama.
SPRM, katanya, tidak menghalang penjawat awam bermain golf namun ia menjadi isu apabila mereka ditaja pihak seperti kontraktor dan pembekal serta melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.
Sambil berkata tiada lagi amaran akan diberikan SPRM kepada individu berkenaan, beliau menegaskan: "Sudah tiba masanya untuk mereka lebih berwaspada dengan perbuatan sendiri".
Azam berkata SPRM memandang serius perkara itu, malah telah mengambil tindakan terhadap beberapa individu sebelum ini kerana didapati sering ke luar negara untuk bermain golf dengan orang berkepentingan.
"Apa yang pasti tindakan tegas menanti mereka yang degil dan mungkin berfikir nama mereka tidak terdapat dalam senarai SPRM," katanya.
Menurutnya, individu-individu terbabit bukan sahaja ditaja kos perjalanan malah perbelanjaan untuk membeli-belah.
SPRM baru-baru ini menahan seorang ketua setiausaha sebuah kementerian bergelar Datuk dalam siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa yang turut membabitkan bermain golf di luar negara. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#bermain golf
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan