awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM lancar Gerah, banteras rasuah habis-habisan

Astro Awani
Astro Awani
08/05/2017
03:39 MYT
SPRM lancar Gerah, banteras rasuah habis-habisan
Cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad (kiri) ini, selari dengan slogan "SPRM Mesra Rakyat, Digeruni Perasuah". - Sumber SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan 'Gerakan Revolusi AntiRasuah (GERAH)' di seluruh negara sebagai pemangkin dan tunjang perjuangan SPRM bersama rakyat dalam memerangi jenayah rasuah dan salahguna kuasa.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang melancarkan GERAH berkata ia merupakan tahap baharu dan berbeza dalam usaha memerangi rasuah.
Katanya, GERAH adalah lambang ketegasan SPRM untuk membanteras rasuah habis-habisan tanpa rasa takut dan gentar di semua peringkat dan sektor.
Di bawah program GERAH ini, bukan hanya pegawai dan anggota SPRM akan memainkan peranan, sebaliknya seluruh rakyat disaran menjadi pejuang GERAH.
“Program ini akan diadakan serentak setiap bulan bagi mencetus satu perubahan yang agresif dan drastik dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu Negara.
“Sehubungan itu, seramai 2,000 tenaga kerja SPRM di seluruh negara yang menjadi ejen penggerak kepada gerakan revolusi ini akan turun padang secara serentak dan berjumpa dengan masyarakat sekali gus menjalinkan rangkaian kerjasama agar rakyat sentiasa bersama SPRM dalam perang menghapuskan jenayah rasuah dan salahguna kuasa,” kata Dzulkifli sewaktu majlis perasmian program itu di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.
Selain Gerah, SPRM juga akan secara selari melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan 3J (Jangan Hulur, Jangan Kawtim, Jangan Settle) yang akan disebarluas oleh SPRM dengan kerjasama erat bersama agensi-agensi media.
Kempen 3J ini bertujuan untuk menyampaikan satu mesej kesedaran terhadap rakyat agar mereka jangan sesekali terlibat dalam perbuatan rasuah dan salahguna kuasa, melalui cara penerimaan mahupun pemberian rasuah.
Topic Berkaitan
#Datuk Dzulkifli Ahmad
#Gerah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan