awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/07/2024
10:08 MYT
SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen
Hishammuddin memberitahu, susulan itu SPRM ke Kesuma dan HRD Corp di Jalan Beringin, pada Selasa untuk mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan seperti yang didedahkan dalam LKAN. - Foto: Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna dana membabitkan syarikat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishammuddin Hashim memberitahu, susulan itu SPRM ke Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) di Putrajaya dan HRD Corp di Jalan Beringin, di sini tengah hari Selasa untuk mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024, baru-baru ini.
Menurutnya, siasatan SPRM adalah tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana.
"Setakat ini, belum ada mana-mana individu yang dipanggil untuk direkodkan keterangan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Namun Hishammuddin tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa saksi dalam masa terdekat selepas semakan dokumen dilakukan.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu-individu yang akan dipanggil itu.
Kes itu katanya disiasat mengikut Akta SPRM 2009.
Khamis lalu, LKAN memaklumkan pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosuder dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada hari sama mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan termasuk yang berisiko.
Topic Berkaitan
#HRD Corp
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Laporan Ketua Audit Negara
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan