MALAYSIA
SPRM N. Sembilan tahan broker tanah kemuka butiran palsu bernilai RM3.8 juta

Menurut sumber, suspek berusia 40-an itu ditahan kira-kira 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri. - Foto SPRM
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan mereman seorang broker tanah bagi membantu siasatan kes mengemukakan dokumen butir matan palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah RM3.8 juta pada September tahun lepas.
Ringkasan AI
- Broker Tanah Direman: Seorang lelaki berusia 40-an direman selama tujuh hari bermula 5 Ogos 2025 kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu untuk jualan tanah di Mukim Lenggeng, Seremban.
- Modus Operandi: Suspek dipercayai menggunakan geran tanah atas nama individu lain untuk memperoleh wang hasil jualan bernilai RM3.8 juta.
- Siasatan SPRM: Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang melibatkan penggunaan dokumen palsu untuk tuntutan wang secara tidak sah.
"Siasatan awal mendapati suspek disyaki menggunakan suatu dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu geran di Mukim Lenggeng daerah Seremban.
"Geran itu atas nama seorang individu lain bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah tersebut yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.8 juta," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami