awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Hong Kong arah 6,000 orang dipindahkan selepas penemuan bom perang dunia ke-2

Bernama
Bernama
19/09/2025
21:45 MYT
Polis Hong Kong arah 6,000 orang dipindahkan selepas penemuan bom perang dunia ke-2
Pasukan Polis Hong Kong mengarahkan pemindahan segera kira-kira 6,000 orang pada Jumaat selepas sebuah bom zaman perang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Daerah Timur, Pulau Hong Kong.
HONG KONG: Pasukan Polis Hong Kong mengarahkan pemindahan segera kira-kira 6,000 orang pada Jumaat selepas sebuah bom zaman perang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Daerah Timur, Pulau Hong Kong, lapor Xinhua.
Operasi pelupusan bom itu dijadual bermula pada 2 pagi Sabtu waktu tempatan dan dijangka selesai dalam tempoh sehari, menurut polis.
Bom yang dikenal pasti sebagai bahan letupan udara dari Perang Dunia Kedua, berukuran kira-kira 1.5 meter panjang dan seberat kira-kira 1,000 paun, menurut sumber.
Pekerja di tapak pembinaan menemui bom itu dan melaporkannya kepada polis pada pagi Jumaat.
Selepas penilaian, polis mengesahkan bom berkenaan masih berpotensi berfungsi dan memerlukan pelupusan berisiko tinggi di lokasi, sekali gus mencetuskan pemindahan kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#bom zaman perang
#operasi pelupusan bom
#Perang Dunia ke-2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan