awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JBPM tidak kompromi salah laku anggota
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM nafi dakwaan fitnah di TikTok, tegas akan ambil tindakan undang-undang

Bernama
Bernama
30/01/2026
10:59 MYT
SPRM nafi dakwaan fitnah di TikTok, tegas akan ambil tindakan undang-undang
Menurut kenyataan itu, hantaran berkenaan antara lain menuduh bahawa satu "saman palsu" telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai scam atau penipuan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan berunsur fitnah yang tular menerusi platform TikTok menerusi satu akaun, yang menuduh agensi itu mengeluarkan "saman palsu".

Ringkasan AI
  • SPRM menafikan dakwaan fitnah yang tersebar melalui platform TikTok, yang mendakwa agensi itu mengeluarkan "saman palsu" serta mengancam tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak mematuhi tuntutan untuk memohon maaf dan menarik kenyataan fitnah tersebut.
  • SPRM telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa individu yang didakwa terlibat dalam aktiviti rasuah berkaitan counter setting di kaunter imigresen, dengan tarikh dakwaan dijadualkan pada 5 Februari.
  • Suruhanjaya itu menegaskan bahawa semua siasatan dilakukan secara profesional, telus, dan berlandaskan undang-undang serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau fitnah yang boleh merosakkan reputasi SPRM.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hantaran berkenaan mengandungi tohmahan tidak benar, mengelirukan serta berpotensi menjejaskan kredibiliti dan reputasi suruhanjaya itu sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang.
Menurut kenyataan itu, hantaran berkenaan antara lain menuduh bahawa satu "saman palsu" telah diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai scam atau penipuan.
"SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah tersebut diturunkan serta-merta.
"Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi SPRM," menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM memaklumkan pihaknya telah memperoleh izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara terhadap individu berkenaan, dengan pertuduhan dijadualkan pada 5 Feb ini, melibatkan dakwaan rasuah berkaitan aktiviti counter setting atau caturan kaunter imigresen.
SPRM turut menegaskan semua siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau berunsur fitnah.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah dakwaan fitnah yang dinafikan oleh SPRM melalui platform TikTok? A: SPRM menafikan dakwaan yang mendakwa agensi itu mengeluarkan "saman palsu" dan mengancam tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak mematuhi tuntutan untuk memohon maaf serta menarik kenyataan fitnah tersebut.
  • Q: Apakah aktiviti rasuah yang melibatkan individu yang akan didakwa oleh SPRM? A: Individu itu didakwa terlibat dalam aktiviti counter setting di kaunter imigresen dan SPRM telah mendapat izin daripada Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa individu tersebut, dengan tarikh dakwaan dijadualkan pada 5 Februari.
  • Q: Bagaimanakah SPRM menekankan pentingnya penyelidikan yang telus dan profesional? A: SPRM menegaskan bahawa semua siasatan yang dijalankan adalah secara profesional, telus, dan berlandaskan undang-undang serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau fitnah yang boleh merosakkan reputasi SPRM.

Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#TikTok
#saman palsu
#Pejabat Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan