awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS rampas pelbagai jenis bahan makanan tidak ikrar di Bukit Kayu Hitam
PBB sangat aktif jadi pengantara konflik, kata Guterres
FAMA perluas rangkaian Kopiesatu, buka peluang keusahawanan dan ekonomi setempat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM tidak kompromi salah laku anggota

Bernama
Bernama
30/01/2026
12:30 MYT
JBPM tidak kompromi salah laku anggota
Nor Hisham berkata JBPM turut melantik marsyal integriti di setiap negeri dan merancang untuk memperluas keberadaan pegawai itu pada peringkat zon. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku dan pelanggaran integriti dalam kalangan pegawai dan anggotanya.

Ringkasan AI
  • JBPM tidak akan berkompromi terhadap salah laku dan pelanggaran integriti, melaksanakan Pelan Antirasuah Organisasi bagi menangani aduan secara telus dan berkesan.
  • Kesalahan laku dalam JBPM dikendalikan melalui tiga peringkat: negeri, kebangsaan, dan peringkat tinggi, untuk memastikan siasatan tidak berlarutan.
  • JBPM turut melantik marsyal integriti di setiap negeri dan berancang untuk memperluas keberadaan mereka, memastikan saluran selamat bagi pemberi maklumat kesalahan laku.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata jabatan itu melaksanakan pendekatan berstruktur melalui Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi memastikan setiap aduan ditangani secara telus dan berkesan, serta menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tempoh pengendalian aduan supaya siasatan tidak berlarutan terlalu lama.
"Kes salah laku yang dilaporkan kepada jabatan dikendalikan melalui tiga peringkat, iaitu peringkat negeri, kebangsaan dan ada juga peringkat yang lebih tinggi yang saya, bersama dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam, duduk dalam lembaga ini.
"Kita tidak mahu aduan disiplin mengambil masa bertahun-tahun kerana boleh menjejaskan keyakinan pelapor dan imej jabatan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perbarisan Tahunan 2026 di sini hari ini.
Nor Hisham berkata JBPM turut melantik marsyal integriti di setiap negeri dan merancang untuk memperluas keberadaan pegawai itu pada peringkat zon.
Beliau berkata marsyal integriti dilatih dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan berfungsi sebagai saluran selamat kepada pemberi maklumat.
"Yang paling penting bagi saya ialah marsyal integriti ini membawa imej bahawa pegawai ataupun orang awam rasa yakin untuk melaporkan (kes salah laku)," katanya.
Sementara itu, semasa berucap Nor Hisham menggesa anggota JBPM untuk menjaga imej perkhidmatan awam, memperkukuh amalan tadbir urus, mempertingkatkan ketelusan dan memulihkan kembali kepercayaan rakyat.
"Setiap daripada kita perlu menjiwai bahawa seragam yang disarung dan pangkat yang terletak di bahu bukanlah sekadar simbol, tetapi mencerminkan imej negara, integriti, profesionalisme dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
"Jangan sewenang-wenangnya kita palitkan seragam ini dengan debu kotoran yang boleh mencalarkan maruahnya dan pakailah dengan rasa bangga, penuh kehormatan dan bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#perkhidmatan awam
#integriti
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan