awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sedia siasat pihak terlibat keluarkan E-kad tanpa ikut prosedur

Bernama
Bernama
11/04/2017
14:44 MYT
SPRM sedia siasat pihak terlibat keluarkan E-kad tanpa ikut prosedur
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan menyiasat sama ada wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam kegiatan pengeluaran E-Kad itu sekiranya menerima laporan. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat aktiviti pengeluaran 'Enforcement Card' (E-Kad) kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa mengikuti prosedur ditetapkan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan menyiasat sama ada wujud unsur rasuah atau salah guna kuasa dalam kegiatan pengeluaran E-Kad itu sekiranya menerima laporan.
"Sekiranya ada laporan, kami akan siasat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-6 Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada wujud unsur rasuah dalam kegiatan mengeluarkan E-kad kepada PATI tanpa mematuhi prosedur Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring).
Pada Isnin, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dilaporkan berkata kementerian mendapati ada beberapa Jabatan Imigresen mengeluarkan E-kad kepada PATI yang tidak mengikuti prosedur Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Program yang diperkenalkan pada 15 Feb 2017 itu dilaksanakan di 13 negeri di Semenanjung pada masa ini bertujuan membolehkan PATI mendapatkan permit kerja sah selepas melalui beberapa prosedur ditetapkan KDN sebelum E-Kad dikeluarkan Jabatan Imigresen.
Pada majlis itu, seramai 175 peserta program daripada pelbagai agensi kerajaan menerima sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman.
Zainal Rahim, yang membacakan teks ucapan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata CeIO mampu meningkatkan keupayaan sesebuah organisasi menjadi kelas pertama kerana mereka telah dilatih untuk menjamin standard dan kualiti serta meletakkan integriti pada kedudukan tinggi dalam organisasi.
"Saya amat pasti bahawa CeIO dapat membentuk rangkaian pegawai yang pakar dalam pencegahan rasuah dan menjadi pemangkin budaya kerja yang berintegriti," katanya.
Program CeIO dijalankan sejak 2010 dengan 656 peserta telah ditauliahkan melalui 17 siri program termasuk satu program CeIO swasta yang baru diperkenalkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Dzulkifli Ahmad
#pati
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan