awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM selesai siasat salah guna kuasa dalam Prasarana - Azam Baki

Firdaus Azil
Firdaus Azil
04/05/2021
05:44 MYT
SPRM selesai siasat salah guna kuasa dalam Prasarana - Azam Baki
Kertas siasatan mengenai penyalahgunaan kuasa dalam Prasarana telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan mengenai penyalahgunaan kuasa dalam Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) membabitkan seorang individu berprofil tinggi telah selesai, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.
Beliau berkata, kertas siasatan juga telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.
Jelasnya lagi, siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahanan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan
"Kes itu telah selesai, melibatkan seseorang yang tertentu… dan kita telah kemukakan kepada Peguam Negara.
“Saya hanya menunggu keputusan daripada Peguam Negara sahaja, sekiranya ada pihak boleh dituduh atau tidak. Kita kena sabar sikit," kata beliau.
Azam berkata demikian selepas menghadiri Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara bersama SPRM di ibu negara, pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Pengerusi Prasarana Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah mencampuri beberapa keputusan besar syarikat, sehingga menimbulkan konflik kepentingan.
Susulan daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Presiden syarikat, Muhammad Nizam Alias telah ditamatkan perkhidmatan pada 22 Februari tahun ini.
Mengulas lanjut, Azam berkata, beliau tidak ingat berapa saksi telah dipanggil, tetapi jumlah keterangan yang dikumpul sudai memadai untuk melengkapkan siasatan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#presiden
#Peguam Negara
#prasarana
#siasatan
#Malaysia
#salah guna kuasa
#Rasuah
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan