Skip to main content

Malaysia

SPRM serah notis isytihar harta kepada Abdul Azeez, keluarga

MELAKA, 28 Julai -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman, bercakap pada sidang media sempena majlis perasmian 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption di sebuah hotel berhampiran Banda Hilir, hari ini.  —fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  MELAKA, July 28 -- Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Datuk Seri Abd Halim Aman speaks during a press conference at the opening ceremony of the 22nd Secretariat Mee
Abd Halim (foto) berkata notis berkenaan diserahkan kepada Abdul Azeez serta ahli keluarganya, termasuk anak-anaknya pada minggu ini mengikut peruntukan undang-undang. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan notis kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan  keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata notis berkenaan diserahkan kepada Abdul Azeez serta ahli keluarganya, termasuk anak-anaknya pada minggu ini mengikut peruntukan undang-undang.

“Borang tertentu telah diberikan kepada pihak mereka bagi tujuan pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM, dan (kita) memberikan mereka tempoh hingga sebulan untuk melaksanakan perkara itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 9 Sept lepas, Abdul Azeez dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.

SPRM setakat ini telah mendakwa enam individu membabitkan lapan isu berkaitan siasatan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja TH, manakala lima lagi kertas siasatan masih dalam tindakan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement