NATIONAL
SPRM serbu rumah Musa Aman - Laporan
Menurut laporan The Star Online, sumber SPRM enggan mengulas jika kes tersebut melibatkan RM20 juta yang didakwa diguna untuk menambah sokongan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri Sabah. - BERNAMA/Fail
Beberapa anggota Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu rumah pengerusi Barisan Nasional Sabah Tan Sri Musa Aman dan merampas beberapa fail, lapor The Star Online hari ini.
Memetik sumber SPRM, laporan itu berkata satu pasukan penyiasat telah pergi ke rumahnya di Luyang di Kota Kinabalu petang Rabu berhubung siasatan kes rasuah.
Bagaimanapun, Musa serta ahli keluarganya tiada ketika serbuan dibuat.
Laporan tersebut berkata, SPRM enggan mengulas jika kes tersebut melibatkan RM20 juta yang didakwa diguna untuk menambah sokongan Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan negeri Sabah selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 diumumkan pada 9 Mei lalu.
#Malaysia Baru
#Musa Aman
#Politik Sabah
#Shafie Apdal
#SPRM
#Tuan Yang Terutama
#TYT Sabah
#Warisan