awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sukar kesan menantu Muhyiddin, siasat aset luar negara - Azam Baki

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/10/2025
06:20 MYT
SPRM sukar kesan menantu Muhyiddin, siasat aset luar negara - Azam Baki
Azam sahkan siasatan berhubung kes itu sudah selesai, namun pihaknya mengalami kesukaran untuk mengesan keberadaan Adlan. - Foto/Bernama
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengesan lokasi sebenar Datuk Seri Adlan Berhan, menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikaitkan dengan siasatan kes pecah amanah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan berhubung kes itu sudah selesai, namun pihaknya mengalami kesukaran untuk mengesan keberadaan Adlan.
“Berdasarkan maklumat yang kita kumpulkan, beliau masih lagi dalam senarai pemantauan dan kerjasama antara pihak kami dengan polis serta KDN masih dijalankan. Namun, kita sebenarnya tidak tahu di mana lokasi sebenar beliau ketika ini.
"Ada kemungkinan beliau telah ke Thailand atau negara lain seperti yang digambarkan dalam laporan di internet,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Principals ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN-PAC) Ke-2, pada Rabu.
Menurutnya, siasatan mendapati pasport Malaysia milik Adlan telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen dan tidak boleh diperbaharui.
“Sekiranya beliau masih boleh bergerak ke luar negara, besar kemungkinan beliau menggunakan pasport lain, dan saya yakin ia bukan pasport Malaysia,” jelasnya.
Mengulas mengenai dakwaan memiliki aset di luar negara, beliau menjelaskan bahawa proses pengesanan harta bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan kerjasama dengan pihak berkuasa luar negara.
“Pengesanan aset di luar negara memerlukan kolaborasi dengan negara-negara berkenaan. Beri sedikit masa kepada kami untuk menjejaki aset-aset milik beliau di sana,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap aset yang mempunyai kaitan langsung dengan siasatan.
“Kita perlu ikut rule of law. Bukan semua harta boleh disiasat atau dibekukan, hanya aset yang menjadi subject matter kepada siasatan sahaja boleh diambil tindakan,” tambahnya.
Media sebelum ini melaporkan Adlan kerap melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk ke Thailand bagi bermain golf dan mengunjungi lapang sasar menembak.
Beliau meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 Mei 2023, tidak lama selepas bapa mentuanya didakwa atas beberapa pertuduhan rasuah.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#adlan berhan
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan