NATIONAL
SPRM tahan anggota SMART disyaki terima rasuah RM5,000

Suspek diperintahkan untuk direman sehingga 10 Mei bagi membantu siasatan kes rasuah tersebut. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selepas disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM5,000.
Ringkasan AI
- Seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ditahan oleh SPRM selepas disyaki menerima rasuah sebanyak RM5,000 berkaitan pembekalan kayu masak untuk latihan 'shoring' pada Februari lalu.
- Suspek yang berusia sekitar 40-an ditahan di Selangor dan diperintahkan untuk direman sehingga 10 Mei bagi membantu siasatan kes rasuah tersebut.
- Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang berkaitan dengan kesalahan menerima suapan sebagai balasan untuk memperakukan kerja pembekalan.
"Suspek berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira 11 malam semalam di sebuah lokasi di Selangor," katanya.
Sumber itu berkata perintah reman selama lima hari hingga 10 Mei ini ke atas anggota terbabit telah dikeluarkan Penolong Pendaftar Aina Syakinah Aminuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, dengan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami