KOTA BHARU: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan dakwaan meminta suapan sebanyak RM200,000 daripada pasangan pengedar dadah.
Menurut sumber, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan di sini pada jam 10 pagi semalam.
SPRM mendapatkan perintah reman selama empat hari terhadap pegawai itu yang dikeluarkan oleh Majistret Rozaidi Yaacob di Mahkamah Majistret Kota Bharu 2 hari ini.
Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata suspek dipercayai meminta suapan itu tiga bulan lepas untuk melepaskan kes berkaitan dadah.
"Pegawai polis itu dikatakan telah diberi wang sebanyak RM100,000 baru-baru ini. SPRM masih menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi individu terbabit," katanya.
Menurutnya, tangkapan itu membabitkan nilai terbesar dikesan SPRM Kelantan setakat tahun ini.
Rosli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 09 2021

Suspek dipercayai meminta suapan itu tiga bulan lepas untuk melepaskan kes berkaitan dadah. - Foto BERNAMA
Hentikan tunggang sentimen kaum dan agama- R.Rmanan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan mengingatkan semua pihak termasuk pemimpin supaya tidak memainkan sentimen perkauman dan agama dalam isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India.

Pegawai SPRM kunjungi pejabat Sapura Energy berhubung rasuah, salah guna dana
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi pejabat Sapura Energy Bhd (SEB) di Menara PNB, di Jalan Tun Razak hari ini berhubung dua siasatan melibatkan syarikat tersebut.

Dewan Negara lulus RUU Perkhidmatan Parlimen 2025
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Negara.

Jangkitan paru-paru Paus Francis 'terkawal' - Vatican
Kesihatan Paus Francis dilaporkan bertambah baik, menurut kenyataan Vatican pada Rabu.
AWANI Borneo [20/3/2025] – Operasi SAR tamat| Kesan luruan monsun| Rumah panjang terbakar
AWANI Borneo Khamis, 20 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
1. Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
2. Air naik mendadak, lima PPS dibuka di Sabah
3. Rumah panjang terbakar, 300 penduduk hilang tempat tinggal
40 Rumah Mesra SMJ bakal dibina di Putatan tahun ini
Sebagai tambahan kepada 61 Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang siap dibina di Putatandari tahun 2022 hingga 2024, 40 buah lagi rumah tambahan akan dibina tahun ini.
Mayat Susie Kiu ditemui tujuh kilometer dari lokasi terjatuh
Mayat Susie Kiu. kanak-kanak yang hilang selepas terjatuh di Batang Mukah ditemui orang ramai terdampar di Pantai Kala Dana tujuh kilometer dari lokasi kejadian.
Perkembangan banjir: Air naik mendadak di Sandakan susulan hujan lebat berterusan
Di Sabah hujan lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Final Piala Malaysia ditukar kepada 26 April - MFL
Tarikh aksi final Piala Malaysia 2024-2025 antara Johor Darul Ta'zim dan Pahang FC ditukar kepada 26 April di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
LKIM ambil tindakan tegas sekiranya berlaku penyelewengan minyak
Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menegaskan antara tindakan yang bakal diambil terhadap nelayan yang terlibat menyeleweng minyak termasuk membatalkan lesen dan menutup premis jeti jualan nelayan.

“Cuti, cuti” - Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas 5 jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada pukul 2.51 petang selepas memberi keterangan sekitar 5 jam pada Khamis.

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung.

Suami isteri, pengarah syarikat ditahan reman disyaki kemuka tuntutan palsu
Ketiga-tiga suspek ditahan antara jam 3 petang hingga 11 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di SPRM, Johor.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Sarjan didakwa minta rasuah gelang emas
Tertuduh didakwa meminta suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas suspek wanita berusia 39 tahun berkaitan kes pukul.

Salim Fateh Din dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM
Pelantikan Salim adalah bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 2 Februari lalu.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan hari keempat
Pada awalnya, Ahli Parlimen Bera itu beri keterangan semalam, namun, ditangguhkan ke hari ini tanpa sebarang sebab diumumkan.

Penjawat awam direman, disyaki terima rasuah RM2,500 bantu selesai kompaun PBT
Seorang penjawat awam direman enam hari sehingga 23 Mac ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Proses rakam percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat SPRM ditangguh ke Rabu
Pada awalnya, bekas Perdana Menteri itu dijangka memberi keterangan hari ini, tetapi ditangguh sehingga esok.