awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan dua individu kemuka tuntutan palsu kerja pembersihan

Bernama
Bernama
26/01/2023
16:09 MYT
SPRM tahan dua individu kemuka tuntutan palsu kerja pembersihan
Kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar 6.30 petang Khamis ketika hadir memberi keterangan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM60,000 sekitar 2020 hingga tahun lepas.
Menurut sumber, kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki berusia 30-an dan wanita berumur 50-an ditahan di pejabat SPRM Selangor, di sini sekitar 6.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, kedua-dua suspek berkenaan merupakan pemilik dan ketua penyelia syarikat perkhidmatan pembersihan dipercayai membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja perkhidmatan pembersihan membabitkan sebuah bangunan kerajaan di Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan dokumen tuntutan palsu dari tahun 2020 hingga 2022 membabitkan kontrak bernilai lebih RM4.2 juta," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam di sini pagi esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#kerja perkhidmatan pembersihan
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan