MALAYSIA
SPRM tahan dua pegawai kanan, seorang pesara polis disyaki terima rasuah RM110,000

SPRM Pahang menahan reman tiga pegawai kanan polis, termasuk seorang yang telah bersara, kerana disyaki menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 bagi melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman tiga pegawai kanan polis termasuk seorang yang sudah bersara kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 sebagai balasan melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum di sekitar negeri itu.
Ringkasan AI
- SPRM Pahang menahan reman tiga pegawai kanan polis, termasuk seorang yang telah bersara, kerana disyaki menerima rasuah bernilai kira-kira RM110,000 bagi melindungi kegiatan pengedaran dadah dan air ketum.
- Siasatan mendapati salah seorang suspek menerima bayaran bulanan RM4,000 hingga RM5,000 dari tahun 2022 hingga 2024, yang kemudian diagihkan kepada suspek lain.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan seorang suspek telah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil.
"Siasatan awal telah menahan empat suspek dan mendapati kesemuanya disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut dari 2022 hingga 2024.
"Seorang daripada suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya sebelum mengagihkan kepada suspek lain," katanya.
Bagaimanapun, seorang suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan SPRM.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami