awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan ketua cawangan logistik TLDM kerana tuntutan palsu

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2021
10:48 MYT
SPRM tahan ketua cawangan logistik TLDM kerana tuntutan palsu
Siasatan mendapati suspek bersubahat dengan memperakukan pesanan kerajaan dan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan kain rentang. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang ketua cawangan logistik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana melakukan tuntutan palsu.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, siasatan mendapati suspek lelaki berusia 36 tahun itu telah bersubahat dengan memperakukan pesanan kerajaan dan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan kain rentang berjumlah RM24,250.
Katanya, tuntutan yang dibuat ke atas Markas KD Sultan Ismail, Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih, Kota Tinggi itu dipercayai palsu kerana pembekalan tersebut tidak pernah dibuat sama sekali.
“Suspek lelaki tersebut yang bertugas di Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM Sungai Lunchoo ditahan di Pejabat SPRM hari ini pada jam 10 pagi tadi bagi membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata permohonan perintah reman terhadap suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#TLDM
#SPRM
#ketua cawangan logistik
#Johor
#tuntutan palsu
#beg kertas
#kain rentang
#banner
#pembekalan
#palsu
#Markas KD Sultan Ismail
#Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan