awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah

Bernama
Bernama
25/07/2017
14:15 MYT
SPRM tahan pegawai JAS Johor disyaki terlibat rasuah
Anggota SPRM Johor menahan seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berusia 40 tahun kira-kira 4 petang di pejabat SPRM Johor hari ini. Foto BERNAMA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat penyedia loji pengurusan alam sekitar (EMP).
Penahanan dibuat kira-kira pukul 4 petang di pejabat SPRM Johor di sini.
Suspek berumur 40 tahun berjawatan Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan dan merupakan Ketua Bahagian Pembangunan dan juga Ketua Unit Penguatkuasaan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) JAS, Johor Bahru.
Siasatan awalan mendapati wujud kemasukan wang rasuah RM4,000 ke dalam akaun syarikat milik suspek daripada sebuah syarikat yang menyediakan EIA, EMP, Laporan Pemantauan Alam Sekitar (EMR) dan kerja-kerja audit berkaitan alam sekitar pada pada 1 Dis 2016.
Wang rasuah berkenaan dibayar kepada suspek kerana meluluskan EMP yang disediakan oleh syarikat berkenaan untuk syarikat pemaju melibatkan projek di Mukim Pulai, Johor.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000.00 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana-mana yang lebih tinggi.
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata SPRM dijangka membawa suspek ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok, untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#EMP
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#pengurusan alam sekitar
#Rasuah
#SPRM
#SPRM Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan