awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol

Bernama
Bernama
13/08/2024
15:24 MYT
SPRM tahan pegawai penguat kuasa minta rasuah tutup kes rogol
SPRM Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.
"Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Perlis, esok untuk didakwa.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tahan pegawai penguat kuasa
#minta rasuah
#tutup kes rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan