awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu kira-kira RM160,000

Bernama
Bernama
26/09/2023
11:40 MYT
SPRM tahan pembantu tadbir disyaki kemuka tuntutan palsu kira-kira RM160,000
Wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, semasa hadir memberikan keterangan di SPRM Kedah. -Gambar hiasan
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pembantu tadbir sebuah jabatan, kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu melibatkan pelbagai pembekalan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM160,000, oleh sebuah jabatan kerajaan.
Sumber memaklumkan, wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, semasa hadir memberikan keterangan di SPRM Kedah, yang kemudian dilepaskan dengan jaminan RM10,000 pada hari sama selepas SPRM merekodkan keterangannya.
"Suspek disyaki terlibat dalam tuntutan palsu pada tahun 2018 hingga 2020, dengan mengemukakan 11 invois atas nama dua syarikat berbeza, yang mana terdapat pelbagai pembekalan dan perkhidmatan yang tidak dilaksanakan melibatkan penganjuran sebanyak lapan program," kata sumber itu hari ini.
Dalam pada itu, Pengarah SPRM Kedah Rosley Mohamad Satar ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu dan memberitahu yang siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#tuntutan palsu
#pembantu tadbir
#pembekalan dan perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan