Skip to main content

Malaysia

SPRM tahan penganggur, pengarah syarikat kes rasuah RM1 juta

sprm
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan secara berasingan antara jam 2 petang hingga 8 malam tadi di sebuah restoran, serta pejabat SPRM di Pulau Pinang. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu, termasuk seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembekal pasir, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta.

Siasatan awal mendapati wang itu dipercayai diterima oleh suspek utama yang juga penganggur daripada pengarah terbabit, sebagai balasan untuk tidak melaporkan perbuatan rasuah syarikat berkenaan kepada SPRM, Mac lalu.

Advertisement

Sumber berkata, suspek utama itu juga disyaki mengugut untuk membuat laporan jika bayaran tidak dibuat.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan secara berasingan antara jam 2 petang hingga 8 malam tadi di sebuah restoran, serta pejabat SPRM di Pulau Pinang.

Dalam operasi khas SPRM, penganggur terbabit ditahan ketika menerima tiga keping cek bernilai kira-kira RM1 juta.

"SPRM turut menyita tiga keping cek dan empat telefon bimbit, manakala kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahanan kedua-dua suspek, dan memaklumkan seorang saksi telah dirakam keterangan.

Must Watch Video