SPRM tahan pesara tentera disyaki terima rasuah RM405,000 berhubung jualan aset PVATM

Suspek lelaki berusia 60-an itu telah ditahan kira-kira 10 pagi tadi, ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pesara tentera yang disyaki menerima rasuah hampir RM405,000 daripada seorang pemilik syarikat, sebagai balasan menjual aset Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.
Ringkasan AI
- Seorang pesara tentera berusia 60-an ditahan SPRM Pulau Pinang kerana disyaki menerima rasuah hampir RM405,000 daripada pemilik syarikat sebagai balasan menjual lima unit pangsapuri milik PVATM dengan harga lebih rendah daripada pasaran.
- Siasatan mendapati suspek menerima wang rasuah melalui 12 transaksi ke akaun bank peribadi ketika memegang jawatan Ketua Penerangan PVATM sekitar tahun 2015.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan suspek dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth pada hari Rabu.
"Suspek juga dipercayai telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya dan sebanyak 12 transaksi telah dikesan," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut, dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, Rabu ini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami