awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan reman ketua kaum, salah guna wang pampasan RM455,000

Bernama
Bernama
22/01/2025
11:45 MYT
SPRM tahan reman ketua kaum, salah guna wang pampasan RM455,000
Seorang ketua kaum di Sarawak ditahan reman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan wang pampasan penduduk rumah panjang berjumlah kira-kira RM455,000. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang ketua kaum di Sarawak ditahan reman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan wang pampasan penduduk rumah panjang berjumlah kira-kira RM455,000.
Menurut sumber SPRM, suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu.
Perintah reman sehingga Ahad ini terhadap suspek berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Galvin Loo Wei Ling selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Bintulu pagi tadi.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2019 hingga 2023.
"Suspek disyaki telah menyalahgunakan wang pampasan yang diserahkan oleh sebuah syarikat pembalakan, yang sepatutnya disalurkan kepada penduduk rumah panjang berkaitan projek pembalakan di kawasan milik penduduk tersebut," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM9,500 dan satu unit telefon bimbit daripada lelaki berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua kaum
#Sarawak
#Rumah panjang
#SPRM
#tahan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan