awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran lapor serangan baharu Israel ke atas kemudahan nuklear Fordow
DUNIA
Bekas ketua polis antidadah China dijatuhkan hukuman mati dengan penangguhan atas kesalahan rasuah
MALAYSIA
Polis Pahang tubuh pasukan petugas, cegah kes kecurian di tapak projek ECRL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah, disyaki minta, terima rasuah RM150,000

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2025
08:34 MYT
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah, disyaki minta, terima rasuah RM150,000
Azam mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

Ringkasan AI
  • SPRM menahan seorang ADUN Sabah yang juga Pembantu Menteri kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkaitan pengeluaran lesen cari gali antara tahun 2023 dan 2024.
  • Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah dan telah dilepaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa deposit selepas keterangannya diambil.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka akan didakwa dalam masa terdekat.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.
“Suspek yang juga Pembantu Menteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024.
“Siasatan juga mendapati suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM150,000 daripada seorang individu berpangkat Datuk kononnya untuk membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di negeri itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Tambah beliau, suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM50,000 (tanpa deposit) dengan seorang penjamin dan suspek juga akan didakwa dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#SPRM
#ADUN Sabah
#kes rasuah
#Azam Baki
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami