awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan tiga anggota penguat kuasa disyaki terima rasuah

Faida Rahim
Faida Rahim
28/06/2023
15:12 MYT
SPRM tahan tiga anggota penguat kuasa disyaki terima rasuah
Ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 41 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hentian bas di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam Selasa. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada seorang pemandu lori.
Menurut sumber, pemandu lori berkenaan mendakwa ketiga-tiga suspek lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jabatan telah meminta wang rasuah sebagai balasan untuk dilepaskan daripada disaman.
Sumber itu menjelaskan, pemandu lori berkenaan didakwa tidak memiliki lesen membawa barangan ketika ditahan kira-kira jam 8.30 malam pada Selasa.
Kata sumber itu lagi, ketiga-tiga suspek berusia antara 35 sehingga 41 tahun itu dipercayai ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hentian bas di Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 malam Selasa.
Dalam pada itu. Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#anggota penguat kuasa
#Rasuah
#Mohamad Fauzi Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan