awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM telah mohon bantuan Interpol kesan lokasi menantu Muhyiddin

Faida Rahim
Faida Rahim
23/10/2025
04:50 MYT
SPRM telah mohon bantuan Interpol kesan lokasi menantu Muhyiddin
Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa SPRM sedang melaksanakan beberapa tindakan lanjut bagi membantu siasatan, termasuk melalui kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghantar permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan lokasi sebenar ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang kini dipercayai berada di luar negara.

Ringkasan AI
  • SPRM melalui PDRM telah memohon bantuan Interpol untuk mengesan lokasi Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang dipercayai berada di luar negara, bagi membantu siasatan kes pecah amanah.
  • Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail memaklumkan SPRM sedang melaksanakan tindakan lanjut termasuk kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa, namun belum menerima maklum balas rasmi daripada Interpol.
  • Adlan, menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan melarikan diri lebih dua tahun lalu dan kini dipercayai menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa SPRM sedang melaksanakan beberapa tindakan lanjut bagi membantu siasatan, termasuk melalui kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa.
“Semua sedia maklum bahawa beliau (Adlan) berada di luar negara. SPRM telah mengambil tindakan yang sebelum ini orang ramai tidak tahu.
“Tindakan-tindakan sedang dilaksanakan memerlukan bantuan daripada negara berkaitan dan insya-Allah kita akan cuba yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Jelas Mohd. Khalid lagi, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklum balas rasmi daripada Interpol berhubung permohonan tersebut.
"Mungkin SPRM boleh menjawab persoalan (penjelasan) itu," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Adlan Berhan, yang melarikan diri lebih dua tahun lalu, kini dipercayai menjalani kehidupan mewah di sebuah negara Asia Barat.
Adlan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dikehendaki oleh SPRM bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.
Topic Berkaitan
#Interpol
#Ketua Polis Negara
#SPRM
#menantu Muhyiddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan