awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tidak pernah halang Guan Eng masuk Sabah - Azam Baki

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/09/2020
08:07 MYT
SPRM tidak pernah halang Guan Eng masuk Sabah - Azam Baki
Kekeliruan yang tercetus berkemungkinan berkaitan nombor pasport Lim Guan Eng dikesan dalam pangkalan data yang menghalangnya untuk ke luar negara, kata Azam Baki. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat perjalanan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke negeri Sabah.
Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki sebaliknya menegaskan, kekecohan yang berlaku itu hanyalah salah faham memandangkan Ahli Parlimen Bagan itu kini terbabit dalam kes perbicaraan di mahkamah.
Beliau berkata, mahkamah hanya mengeluarkan arahan tidak membenarkan perjalanan Setiausaha Agung DAP itu ke luar negara sahaja selain Sabah mempunyai sistem imigresen tersendiri.
Ekoran itu, Guan Eng ditahan kira-kira setengah jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Selasa malam.
Menurut Azam, kekeliruan yang tercetus itu juga berkemungkinan berkaitan nombor pasport Guan Eng dikesan dalam pangkalan data yang menghalangnya untuk ke luar negara.
Guan Eng bagaimanapun, dibenarkan masuk ke negeri itu.
“Saya perlu perbetulkan bahawa kami tidak pernah menahan pihak YB (Yang Berhormat) Lim Guan Eng dari memasuki Sabah.
"Itu mungkin (halangan) berlaku sedikit kekhilafan kerana SPRM hanya membuat permohonan untuk menyekat beliau dari ke luar negara sahaja.
"Mungkin ada kekeliruan sedikit yang timbul di situ tapi saya tegaskan di sini, SPRM tidak pernah menyekat beliau untuk masuk ke Sabah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan sesi dialog sempena program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di sini hari ini.
Malam tadi, Guan Eng mendakwa, beliau dihalang masuk ke Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu biarpun berjaya melepasi pemeriksaan imigresen itu selepas diberikan pas lawatan sosial.
Kata Guan Eng, beliau dihalang oleh SPRM daripada memasuki Sabah dan telah diarahkan masuk semula ke pejabat imigresen sebelum sempat menaiki kereta.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#DAP
#Imigresen
#Lim Guan Eng
#Sabah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan