awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM, TI-M sokong usaha penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat

Bernama
Bernama
11/06/2025
14:25 MYT
SPRM, TI-M sokong usaha penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
SPRM memaklumkan sokongan bersama itu dizahirkan ketika kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Eksekutif TI-M diketuai Presidennya Raymon Ram ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini. - Foto Facebook SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International Malaysia (TI-M) menyokong penuh usaha penambahbaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang sedang giat diusahakan kerajaan.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan sokongan bersama itu dizahirkan ketika kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Eksekutif TI-M diketuai Presidennya Raymon Ram ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Menurut kenyataan itu langkah penambahbaikan akta berkenaan dilaksanakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU).
SPRM memaklumkan ketika pertemuan itu, Azam menyatakan komitmen suruhanjaya itu untuk memastikan identiti pemberi maklumat dan maklumat yang disampaikan dirahsiakan, setelah pemberi maklumat itu memenuhi syarat-syarat termaktub dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.
"Raymon pula memaklumkan TI-M telah mengusulkan kepada BHEUU untuk melihat kepada beberapa seksyen dalam akta berkenaan yang bercanggah dengan undang-undang lain dan menyebabkan perlindungan kepada seseorang pemberi maklumat itu terlucut," menurut kenyataan itu.
Turut hadir dalam pertemuan sempena pelantikan Raymon sebagai Presiden TI-M bagi penggal 2025-2027 itu ialah Timbalan Presiden TI-M Chew Phye Keat dan Setiausaha Agung TI-M Nuridzuana Ismail.
Hadir sama Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Idris Zaharudin, Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Governans Nasional SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM Rasidah Abdul Karim.
SPRM memaklumkan kedua-dua pihak turut membincangkan perkara yang menjadi perhatian dan kebimbangan bersama iaitu pendanaan aktiviti politik, pemerkasaan Integrity Pact di Malaysia, pelaksanaan pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah(ABMS) MS ISO 37001 dan pengisytiharan pemunya benefisial.
"Semua petender serta syarikat yang menyertai perolehan kerajaan berdasarkan garis panduan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dilihat mampu untuk mencegah amalan rasuah dan penipuan, bagi proses perolehan dalam kalangan pembekal kerajaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Transparency International Malaysia
#Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan