awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sputnik V didakwa vaksin paling murah dengan keberkesanan lebih 90%

Saraya Mia
Saraya Mia
24/11/2020
14:00 MYT
Sputnik V didakwa vaksin paling murah dengan keberkesanan lebih 90%
Vaksin itu boleh diperoleh dengan harga dua kali lebih murah berbanding vaksin lain dengan keberkesanan lebih 90 peratus. - Gambar fail/REUTERS
VAKSIN Sputnik V lebih berkesan bagi mengelak jangkitan COVID-19 kerana ia mampu meningkatkan tahap imun yang lebih efektik dan tahan lama, dakwa Ketua Pengarah Eksekutif Dana Pelaburan Langsung (RDIF), Kirill Dmitriev.
“Vaksin Russia ini adalah unik kerana ia menggunakan dua jenis vektor adenorival manusia yang berbeza yang meningkatkan respons imun agar ia lebih efektif dan tahan lama berbanding vaksin yang menggunakan hanya satu vektor yang sama bagi kedua-dua dos,” kata Dmitriev melalui sidang media secara maya berkenaan pengumuman vaksin Sputnik V, pada Selasa.
Tambah beliau, vaksin buatan Pusat Penyelidikan Epidemiologi dan Mikrobiologi Nasional Gamaleya dan RDIF itu vaksin berkenaan boleh diperoleh dengan harga dua kali lebih murah berbanding vaksin lain dengan keberkesanan lebih 90 peratus.
“Harga pasaran antarabangsa bagi satu dos vaksin Sputnik V adalah kurang daripada 10 dolar AS (RM40.88). Ini bermakna harga bagi vaksin dua dos ini adalah dua hingga tiga kali lebih murah berbanding vaksin jenis mRNA dengan keberkesanan yang sama,” ujarnya.
Tambahnya, vaksin Sputnik V juga mudah diperolehi kerana kapasiti simpanannya yang tidak terlalu ekstrim iaitu sekitar 2 hingga 8 darjah Celsius (35.5 - 46.4 F).
Setakat ini seramai 22,000 peserta telah diberikan suntikan dos pertama dan 19,000 lagi diberikan dos pertama dan kedua.
Berdasarkan data yang diberikan, vaksin itu telah menunjukkan 91.4 peratus keberkesanan untuk tempoh 28 hari bagi suntikan dos pertama, manakala 95 peratus keberkesanan bagi tempoh 42 hari selepas suntikan dos kedua.
Pengeluaran Sputnik V yang sedang dilakukan di beberapa buah negara rakan kongsi bagi vaksin Rusia, termasuk India, Brazil, Korea Selatan dan China, membolehkan ia boleh diedarkan kepada pasaran dunia seawal Januari 2021 hingga Mac 2021.
Topic Berkaitan
#Sputnik V
#vaksin
#Rusia
#COVID-19
#RDIF
#Kirill Dmitriev
#vaccine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan