awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SRC International: Najib fail semakan, mohon hukuman ditangguh, dibebaskan

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2022
13:30 MYT
SRC International: Najib fail semakan, mohon hukuman ditangguh, dibebaskan
Pada 23 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Hakim Tengku Maimun sebulat suara mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini - Foto/Fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu.
Permohonan tersebut yang disahkan oleh peguam Rahmat Hazlan, antaranya memohon agar Najib dilepaskan dan dibebaskan daripada sabitan serta hukumannya sehingga semakan tersebut diputuskan.
Selain itu, notis tersebut menyatakan Najib memohon agar rayuan akhir itu didengar semula di hadapan panel hakim lain, yang dianggotai tidak kurang daripada tujuh orangg hakim atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Rayuan Akhir SRC | Najib kekal penjara 12 tahun, denda RM210 juta
BACA: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Permohonan tersebut dibuat atas alasan bahawa hak Ahli Parlimen Pekan itu melalui Perlembagaan Persekutuan telah dinafikan.
Beliau juga mendakwa pasukan pembelaan yang baharu tidak diberikan ruang dan peluang untuk bersedia sebelum berhujah pada rayuan akhir kes SRC International, dan ia dijalankan secara ex-parte atau berat sebelah.
Dalam masa yang sama, melalui permohonan semakan itu, Najib berkata Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali berada dalam konflik kepentingan apabila mendengar kes SRC International.
Pada 23 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Hakim Tengku Maimun sebulat suara mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.
Turut bersidang pada tarikh tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Topic Berkaitan
#Najib dipenjara
#kes SRC International
#Najib bersalah kes SRC International
#Najib mohon dibebaskan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan