PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Antara alasan yang dibangkitkan dalam petisyen itu ialah Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap perayu (Najib) atas kesemua tujuh pertuduhan dan memanggilnya untuk membela diri.
Dalam petisyen rayuan yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co hari ini, Najib, 68, mendakwa terkilan dengan kesilapan serius dalam fakta dan undang-undang yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman masing-masing secara keseluruhan, dan kecuali yang dinyatakan dengan jelas, perayu berpendirian bahawa penemuan dalam keseluruhan alasan penghakiman oleh kedua-dua mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi) menunjukkan kesilapan yang serius.
"Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan fakta atau inferens Mahkamah Tinggi yang tidak dibuktikan sepenuhnya, dan tidak menggambarkan keterangan secara menyeluruh.
"Kedua-dua mahkamah tersilap dalam fakta dan/atau undang-undang dengan gagal menilai bukti dengan betul dan gagal mengiktiraf perbezaan antara fakta terbukti dan tidak terbukti, dan antara inferens yang dibenarkan dibuat, dan tekaan semata-mata berdasarkan cadangan, dakwaan tidak berasas, sangkaan, syak wasangka, dan khabar angin," katanya.
Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya, selain telah tersilap fakta atau undang-undang dalam membuat penemuan mengenai unsur-unsur semua pertuduhan dengan menggunakan logik mereka sendiri atau rasional yang bertentangan dengan keterangan lisan atau dokumentari.
Justeru Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau akan membentangkan kesilapan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan tindakan pihak pendakwaan yang telah menafikan hak perayu di bawah Perlembagaan Persekutuan yang mengakibatkan ketidakadilan serius terhadapnya apabila gagal mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama.
Pada 11 April Najib memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April (hari ini) untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, dan mahkamah hari ini membenarkan permohonannya.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022

Najib seterusnya mendakwa bahawa kedua-dua mahkamah tersilap fakta dan/atau undang-undang dalam setiap penemuan fakta yang tidak memihak kepadanya. - Gambar fail

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.

Pengunjung pusat beli-belah maut dalam insiden tembakan
Polis enggan mengulas tentang motif suspek dalam kejadian ini dan jika dia mempunyai sejarah jenayah lampau.

Banjir: Penduduk New South Wales diarah berpindah
Jabatan Kecemasan Negeri mengeluarkan lebih 35 arahan berpindah sejak Sabtu.

The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Pembukaan itu turut bersempena ulang tahun ke-25 wilayah pentadbiran khas Hong Kong kembali ke pangkuan Beijing pada 1 Julai.

20 maut bas tergelincir masuk gaung
Kejadian berlaku di kawasan pergunungan terpencil di wilayah berkenaan ketika bas tersebut dalam perjalanan ke Quetta dari Rawalpindi.

Polis kutip saman RM440,350
Orang ramai mengambil kesempatan melunaskan saman melalui potongan diskaun sehingga 50 peratus sempena jelajah tersebut.

Sabah terus beri tekanan kepada JDT di puncak Liga Super
Kejayaan itu menyaksikan Sabah berjaya mengumpul 22 mata, selain mengukuhkan kedudukan di tempat kedua.

Maut terkena sabit sendiri ketika menyamun
Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi itu ketika suspek mendatangi mangsa yang juga warga asing di sebuah premis.

Hentikan kaedah 'putar alam', Anwar perlu terima hakikat belum pernah ada cukup sokongan - Annuar
Menurut beliau, Anwar tidak dapat menjadi perdana menteri disebabkan kegagalan beliau menyakinkan Yang di-Pertuan Agong.

Permintaan Muhyiddin tidak perlu dilayan, kata Najib
Najib faham permintaan Muhyiddin kepada PM sebab risau lebih ramai pemimpin Bersatu tinggalkan parti.

"Kita dalam parti tidak serang Perdana Menteri" - Najib Razak
Timbalan Pengerusi dan Penasihat BN senada bahawa Ismail Sabri dapat sokongan padu daripada UMNO terajui negara.

BN tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan di Sabah - Najib
Barisan Nasional (BN) tidak terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

BN mampu bergerak solo di Sabah - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa gabungan itu mampu bergerak sendiri di Sabah.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

'Saya tidak dipilih jadi PM kerana tak mahu lindungi Najib' - Anwar
Anwar mengulas kenyataan Tajuddin bahawa wujud SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Mahkamah benarkan Muhammad Shafee dapatkan sementara pasport untuk ke Itali
Muhammad Shafee ke Itali bagi urusan pertukaran sekolah anak perempuannya.

Kedudukan Nazlan di Maybank sebelum ini tiada kaitan dengan kes Najib - TPR
Kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap Najib Razak.