KUALA LUMPUR: Kehadiran legenda Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) musim ini, bukan sekadar pemasaran untuk melonjakkan nama pasukan.
Sebaliknya, prinsipal pasukan Datuk Razlan Razali berkata pihaknya bertekad untuk bekerja keras mengembalikan prestasi pelumba dari Itali itu seperti di era kegemilangannya bagi meraih kemenangan podium dan memberi tentangan sengit kepada pencabar Kejuaraan Dunia.
"Saya tak nak tumpang popularitinya sahaja, kita nak cabar diri sendiri untuk membuat Rossi lebih berdaya saing, itu objektif utama kita. Sasaran untuk beliau musim ini adalah cuba mendapat (kemenangan) podium, raih kemenangan dan beri saingan sengit kepada pelumba lain untuk mengejar Kejuaraan Dunia.
"Kita akan tolongnya supaya selesa dalam persekitaran baharunya sebab ini kali pertama beliau beraksi dalam pasukan satelit. Tetapi kita yang profesional akan buat terbaik untuk jadikannya berdaya saing dan beri saingan kepada yang lain di Kejohanan Dunia," kata Razlan dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama pada Isnin.
Beliau berkata dalam keadaan pandemik COVID-19 sejak awal tahun lepas, pihaknya juga tidak mempunyai masa untuk menilai pelumba muda lain kerana musim bermula pada Julai, jadi adalah lebih selamat untuk mengambil Rossi yang berpengalaman luas dan mampu meraih kemenangan podium, berbanding mengambil risiko membariskan pelumba muda.
Juara dunia sembilan kali (tujuh dalam kelas MotoGP) itu, secara rasminya telah diperkenalkan sebagai pelumba baharu untuk musim 2021 pada majlis pelancaran pasukan yang diadakan secara maya semalam.
Turut dilancarkan jentera Yamaha YZR-M1 yang tampak garang dengan warna hitam dan hijau yang sinomim dengan syarikat minyak dan gas nasional, Petronas.
Rossi yang membuat kemunculan pertama MotoGP pada 2002, akan berganding dengan naib juara musim lalu, Franco Morbidelli yang bersama pasukan itu sejak musim pertama pada 2019, manakala Fabio Quartararo menggantikan Rossi di pasukan pengilang, Yamaha.
Razlan juga yakin gandingan Rossi, yang juga merupakan mentor kepada Morbidelli akan mewujudkan persaingan yang menarik dan sihat, kerana kedua-dua pelumba sudah lama mengenali satu sama lain dan berlatih bersama-sama.
"Ia bukan satu persekitaran dengan Rossi dicabar oleh rakan sepasukannya seperti Maverick Vinales dan sebagainya, saya percaya beliau lagi selesa dengan Morbidelli. Sebelum ini pun Morbidelli pernah mengatasi Rossi beberapa kali.
"Jadi saya percaya mereka tetap akan berlawan satu sama lain, mungkin dengan cara yang berlainan berbanding orang lain dengan menggalakkan satu sama lain melakukan yang terbaik.
"Ini satu kelebihan, saya lihat bakal memberikan kelebihan kepada kedua-dua pelumba," katanya.
Mengulas lanjut, Razlan berkata Rossi akan menggunakan jentera pengilang Yamaha YZR-M1 manakala Morbidelli akan tampil dengan "A-spec Plus" jentera berkenaan.
Beliau turut menjelaskan tiada pengubahsuaian dan penambahbaikan dapat dilakukan pada jentera tahun ini berikutan pandemik COVID-19, dengan pembangunan enjin dan aerodinamik dibekukan.
"...yang boleh tukar ialah casis dan benda-benda lain, jadi kita akan gunakan jentera yang sama seperti tahun lepas bagi dua pelumba ini berikutan kewangan dan talian pengeluaran Yamaha yang ketat.
Namun saya percaya Morbidelli tidak mempunyai kekurangan kerana beliau mampu bersaing untuk Kejuaraan Dunia tahun lalu dan menamatkan saingan di tempat kedua dengan menggunakan jentera yang sama," katanya.
Pasukan Petronas Yamaha SRT muncul "Top Independent Team" dan pasukan keempat terbaik keseluruhan, dengan Quartararo meraih gelaran "Rookie of the Year" dan "Top Independent Rider" pada penyertaan sulung MotoGP pada 2019.
Musim lepas, pasukan MotoGP pertama dari Malaysia itu, terus cemerlang apabila Morbidelli meraih tempat kedua, manakala pasukan berkenaan sekali lagi merangkul gelaran "Top Independent Team" selain enam kemenangan perlumbaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 01 2021
Datuk Razlan Razali berkata pihaknya bertekad untuk bekerja keras mengembalikan prestasi pelumba dari Itali itu seperti di era kegemilangannya bagi meraih kemenangan podium. - Bernama
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Tindakan agresif Damok 'makan diri' di Sepang
Tindakan agresif pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada aksi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2023, memakan diri sendiri.
TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.
Serba tidak menjadi buat Damok di Sepang
Segala-galanya ibarat tidak menjadi buat pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman apabila beliau terus menampilkan aksi hambar dalam Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
Bagnaia congak peluang pertahan status pendahulu
Pelumba kelahiran Itali berusia 26 tahun itu berharap perlumbaan berlangsung di litar kering dengan keadaan cuaca panas.
MotoGP: Penjualan tiket capai 85 peratus!
Persediaan lebih awal yang dilakukan, disokong sambutan hangat peminat, menyaksikan edisi kali ini lebih meriah berbanding sebelumnya.
Rapid KL sedia bas khas pada 10-12 Nov sempena MotoGP
Perkhidmatan bas khas itu disediakan di tiga lokasi iaitu Pasar Seni, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
SIC perkenal tiket Rahmah RM49.90 saksikan GP Malaysia 2023
Sebanyak 7,000 tiket di K2 Hillstand mula dijual semalam kepada semua rakyat Malaysia secara dalam talian dan kaunter jualan tiket.
MotoGP: Rins hadirkan kemenangan pertama buat LCR Honda
Alex Rins muncul dengan kemenangan yang memecah kemarau untuk LCR Honda.