awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SSM terima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu

Bernama
Bernama
23/06/2023
23:45 MYT
SSM terima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu
SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM. - Gambar SSM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 362 aduan berkaitan dakwaan pelaburan palsu melibatkan beberapa syarikat yang menawarkan skim pelaburan berkonsep saham boleh tebus syariah daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) pada 21 Jun 2023.
Menurut SSM dalam kenyataan pada Jumaat, pihaknya telah membuka kertas inkuiri berdasarkan aduan terdahulu apabila sebahagian daripada pengadu terbabit telah dipanggil untuk dirakam kenyataan.
Katanya, SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu untuk memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM.
"Sekiranya wujud pelanggaran mana-mana peruntukan yang dikawal selia oleh SSM, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil," katanya.
Menurut SSM, pihaknya sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang yang ditadbir di samping memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.
"SSM memandang serius dakwaan seperti ini kerana ia menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah-pengarah syarikat.
"SSM ingin menasihati para pelabur untuk sentiasa berhati-hati dan menjalankan usaha wajar terlebih dahulu dengan menyemak skim pelaburan yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat sebelum menyertainya," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#komuniti korporat
#SSM
#pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan