SST tidak bebankan rakyat seperti GST - PM Tun Mahathir

Hafiz Marzukhi
Julai 20, 2018 12:39 MYT
DR MAHATHIR: Hasil kutipan GST adalah RM44 bilion tetapi SST hanya dijangka akan mengumpul RM21 bilion. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Dakwaan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan menaikkan harga barangan adalah sama sekali tidak benar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau mengulangi pendirian Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa SST tidak memberi impak kepada harga barangan seburuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
"Ini amat jelas berdasarkan kutipan.
"Hasil kutipan GST adalah RM44 bilion tetapi SST hanya dijangka akan mengumpul RM21 bilion," kata Dr Mahathir.
BACA: Dakwaan SST 'lebih membebankan' tidak masuk akal - Guan Eng
Tambah beliau, ini membuktikan bahawa SST tidak akan membebankan rakyat seperti GST.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor pada petang ini.
#cukai barang dan perkhidmatan #Cukai Jualan dan Perkhidmatan #GST #harga barang #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #Menteri Kewangan #Perdana Menteri #SST