awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Angkat nilai kemanusiaan menerusi lensa kamera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Staf Fahmi Fadzil positif COVID-19, pusat khidmat Lembah Pantai ditutup sementara

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
30/09/2020
05:40 MYT
Staf Fahmi Fadzil positif COVID-19, pusat khidmat Lembah Pantai ditutup sementara
Menurut Fahmi, kakitangannya itu baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu dan kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk pengasingan dan rawatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memaklumkan menutup sementara pusat perkhidmatannya sebagai langkah berjaga-jaga setelah salah seorang kakitangannya positif COVID-19.
Dalam catatan di akaun Twitternya, Fahmi berkata, kakitangannya itu baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu dan kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk pengasingan dan rawatan.
Katanya, disebabkan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Fahmi dan semua kakitangannya telah menjalani saringan COVID-19 kerana mempunyai kontak rapat.
Buat sementara waktu, Pengarah Komunikasi PKR itu dan kakitangannya yang lain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Semalam salah seorang staf pejabat saya yang baru pulang dari Sabah pada 25 September telah disahkan positif Covid-19. Beliau telah dibawa ke Hospital Sg Buluh untuk rawatan dan isolasi. 1/4 pic.twitter.com/9NiXTv5H6f
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) September 30, 2020
Bermula 27 september lalu, KKM mewajibkan mereka yang pulang dari Sabah untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, dan melakukan ujian saringan COVID-19 pada hari ke 13.
Topic Berkaitan
#SOP
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#ujian saringan
#koronavirus
#Fahmi Fadzil
#staf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan