awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari

Bernama
Bernama
29/11/2024
13:45 MYT
Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Pada 30 Okt lepas, Kerajaan Negeri Perlis memfailkan permohonan itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang menafikan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan tiga lagi. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 20 Feb tahun depan untuk mendengar permohonan Kerajaan Negeri Perlis bagi menyemak semula keputusan terdahulu dalam usaha mengembalikan status agama Islam membabitkan tiga anak Loh Siew Hong.
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,
Turut hadir pada prosiding itu peguam Daniel Farhan Zainul Rijal yang mewakili Kerajaan Negeri Perlis.
Pada 30 Okt lepas, Kerajaan Negeri Perlis memfailkan permohonan itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang menafikan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan tiga lagi.
Kerajaan Negeri Perlis mendakwa keputusan itu telah menjejaskan hak mereka untuk didengar dan memohon pendengaran semula bagi kebenaran merayu.
Loh pula memfailkan afidavit bagi membantah permohonan itu.
Permohonan itu ditolak pada 14 Mei lepas, menghalang pemohon termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin daripada meneruskan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Jan 2024.
Mahkamah Rayuan telah membatalkan penukaran agama tiga anak Loh kepada Islam dan mengisytiharkan mereka beragama Hindu.
Keputusan itu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 2023 yang menolak permohonan semakan kehakiman Loh untuk mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam.
Loh, 37, memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 25 Mac 2022, memohon pengisytiharan bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya M Nagahswara, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarkan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.
Tiga kanak-kanak itu yang diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, diserahkan kepada Loh pada 21 Feb 2022 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan habeas corpusnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Mahkamah Persekutuan
#MAIPs
#Mufti Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan