awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status rumah tangga cetus tanda tanya, Irma Hasmie mohon maaf

Gempak
Gempak
05/08/2023
04:20 MYT
Status rumah tangga cetus tanda tanya, Irma Hasmie mohon maaf
IRMA HASMIE: Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah. -Gempak
BARU-BARU ini kecoh apabila hos dan pelakon Irma Hasmie membuat perkongsian ayat yang mengundang perhatian sehingga mencetuskan persoalan ramai tentang status perkahwinannya.
Ayatnya di dalam sekeping foto yang dimuat naik ke Instagram meminta supaya tidak diajari supaya bersabar setelah banyak perkara yang dilalui termasuk melahirkan zuriat.
“Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup-hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah," katanya.
Pun begitu, setelah ramai yang mula berteka-teki serta membuat pelbagai andaian dan spekulasi terutama tentang rumah tangganya, Irma tampil meminta maaf dan memberi komen.
"Maaf semua, kebaikan itu datang dari Allah dan keburukan itu adalah dari diri saya sendiri," balasnya ringkas secara am.
Namun, dia sempat juga membalas salah satu komen di dalam hantaran tersebut apabila seorang pengikutnya memberitahu ramai yang memberikan komen negatif dan toksik.
Irma berkata setiap respon yang diberikan itu melambangkan peribadi seseorang.
"Kadang-kadang, bagaimana kamu respon pada situasi itu melambangkan segalanya tentang karakter seseorang.
"Semoga semua dalam keadaan baik dan terkawal," katanya.
Tinjauan Gempak ke akaun Instagram miliknya, sudah lama tidak berkongsi gambar suaminya dan kebanyakan foto hanya bersama dua orang anaknya.
Terdahulu Irma mendirikan perkahwinan dengan Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang juga ahli perniagaan pada 2012 dikurniakan sepasang cahaya mata berusia 10 dan 9 tahun. -Gempak
Topic Berkaitan
#status perkahwinan
#hos dan pelakon
#Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan
#Irma Hasmie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan