awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen Keretapi Ipoh kotor, RAC digesa ambil tindakan segera

Aida Aziz
Aida Aziz
10/03/2023
10:54 MYT
Stesen Keretapi Ipoh kotor, RAC digesa ambil tindakan segera
RAC digesa untuk segera menyelesaikan isu kebersihan yang kurang memuaskan di pekarangan Stesen Keretapi Ipoh. -Astro AWANI
IPOH: Perbadanan Aset Keretapi (RAC) digesa untuk segera menyelesaikan isu kebersihan yang kurang memuaskan di pekarangan Stesen Keretapi Ipoh, di sini.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan memandang serius isu kebersihan yang mencalarkan imej bandar raya ini, khususnya apabila tahun ini merupakan Tahun Melawat Ipoh.
"Saya sudah panggil pihak RAC pada Isnin lalu, dan kita memang sudah minta mereka ambil tindakan segera tentang kerja-kerja pembersihan, termasuk tandas dan bangunan Majestic.
"Saya tidak tahu sejauh mana (pelaksanaan kerja pembersihan), tetapi setakat ini kita sudah berunding dengan mereka.
"Sebab kita tidaklah mahu saman Perbadanan Aset Keretapi ini, sebab mereka ini badan berkanun kerajaan Persekutuan, di bawah Kementerian Pengangkutan. Tetapi apa pun kita sudah panggil berunding," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai rungutan orang ramai termasuk pelancong luar berhubung isu kebersihan di pekarangan Stesen Keretapi Ipoh yang dikatakan tidak terjaga.
Sebelum ini tular keadaan sampah sarap yang dibuang merata-rata, termasuk lambakan najis burung yang tidak dibersihkan di sekitar bangunan bersejarah itu.
Dalam pada itu, Rumaizi menambah bahawa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengambil tindakan tegas jika pihak terbabit masih berdegil.
"Kalau mereka masih berdegil, saya ingat kita terpaksa ambil tindakan sewajarnya. Tetapi memandangkan mereka merupakan agensi kerajaan Persekutuan, kita harap supaya mereka faham.
"Kalau ikut kepada perbincangan dengan mereka pada Isnin lalu, mereka kata akan ambil tindakan segera untuk pastikan kebersihan terjaga," katanya lagi.
Stesen berusia lebih 100 tahun itu yang menjadi pintu masuk utama kepada pengguna rel ke Ipoh menerima kehadiran ribuan pengguna setiap hari termasuk pengunjung luar.
Terdahulu, Rumaizi ditemui pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Misi Bantuan Banjir MBI ke Mersing, Johor di pekarangan MBI, di sini pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Majlis Bandaraya Ipoh
#pelancong
#Rumaizi Baharin
#Stesen Keretapi Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan