awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis keluarga Beckham: Pertikaian cap dagang dedah retak dalam keluarga selebriti
Model baharu jam tangan mewah ciri-ciri bilionair India, Mukesh Ambani dianggar bernilai AS$1.5 juta
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen minyak di Kelantan bersubahat dengan penyeludup - KPDNKK

Bernama
Bernama
29/01/2017
09:44 MYT
Stesen minyak di Kelantan bersubahat dengan penyeludup - KPDNKK
KPDNKK Kelantan mengesan segelintir kakitangan di stesen minyak di negeri ini bersubahat dengan penyeludup petrol ke negara jiran. - Gambar hiasan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan mengesan segelintir kakitangan di stesen minyak di negeri ini bersubahat dengan penyeludup petrol ke negara jiran.
Pengarahnya, Datuk Abd Ghani Harun berkata aktiviti itu dikesan dalam satu operasi di Tumpat pada Khamis lepas (26 Jan) selepas dua lelaki masing-masing berusia 30an berjaya ditahan dan hasil siasatan mendapati kegiatan mereka didalangi kakitangan sebuah stesen minyak.
"Kakitangan di stesen minyak itu disyaki bersubahat kerana membenarkan dua suspek mengisi petrol antara 800 hingga 1,000 liter ke dalam sebuah kereta jenis Proton Saga yang telah diubahsuai dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu," katanya.
Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Abd Ghani berkata siasatan turut mendapati petrol dijual di negara jiran mengikut timbangan kilogram.
Beliau berkata siasatan juga mendapati kumpulan penyeludup minyak ini bergerak dari stesen ke stesen bagi memperolehi bekalan sebelum diseludup ke sempadan.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyimpan barang kawalan dengan niat melakukan kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Abd Ghani Harun
#KPDNKK
#petrol
#Proton Saga
#Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 196
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan