awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC puas hati benam UM-Damansara United di SSMZA
ATAM perlu tekankan pembangunan modal insan menyeluruh - Raja Muda Perlis
Astro raih Platinum Putra Brand Awards tujuh kali berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB

Bernama
Bernama
23/01/2026
23:50 MYT
Kereta kebal Israel bedil tentera Lubnan semasa misi bersama pasukan pengaman PBB
Dari semasa ke semasa, pasukan pengaman PBB melaporkan yang kedudukan mereka di selatan Lubnan menjadi sasaran tembakan Israel, sambil menggesa pematuhan terhadap gencatan senjata. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Sebuah kereta kebal Israel membedil unit tentera Lubnan pada Jumaat ketika ia sedang menjalankan misi lapangan bersama pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhampiran Wadi al-Asafir, di selatan bandar Khiam, daerah Marjayoun di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi dengan memetik agensi berita rasmi Lubnan.
Menurut Agensi Berita Kebangsaan (NNA), tembakan itu berpunca daripada sebuah kereta kebal Israel yang muncul dari kedudukan ketenteraan yang baru diwujudkan di kawasan Hammams dan menyasarkan kawasan sekitar unit tentera Lubnan yang ketika itu beroperasi bersama anggota Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
Laporan itu tidak menyatakan sebarang kecederaan atau kerosakan akibat insiden berkenaan.
Tentera Israel juga tidak membuat sebarang ulasan.
Dari semasa ke semasa, pasukan pengaman PBB melaporkan yang kedudukan mereka di selatan Lubnan menjadi sasaran tembakan Israel, sambil menggesa pematuhan terhadap gencatan senjata. Bagaimanapun, Israel sebahagian besarnya mengabaikan gesaan itu.
Gencatan senjata antara Israel dan Lubnan menamatkan lebih setahun serangan yang mengorbankan lebih 4,000 orang dan mencederakan 17,000 yang lain, dalam konteks serangan Israel ke atas Gaza.
Di bawah perjanjian gencatan senjata itu, tentera Israel sepatutnya berundur dari selatan Lubnan pada Januari 2025, namun hanya berundur sebahagian dan masih mengekalkan kehadiran ketenteraan di lima pos sempadan.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Israel
#UNIFIL
#lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami