awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen minyak, dua individu didenda RM180,150 langgar arahan penjualan diesel

Bernama
Bernama
07/11/2025
14:23 MYT
Stesen minyak, dua individu didenda RM180,150 langgar arahan penjualan diesel
Individu-individu berkenaan mengaku bersalah menjual diesel melebihi kuantiti yang dibenarkan di bawah arahan pengawal bekalan.
BUTTERWORTH: Dua stesen minyak dan pengarah syarikatnya bersama seorang lagi pemilik stesen minyak didenda keseluruhan RM180,150 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 25 pertuduhan berasingan melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Hakim Roslan Hamid menjatuhkan hukuman denda RM72,000 terhadap Soren Service Station Sdn Bhd atas lapan pertuduhan dan RM27,000 ke atas Giantz Service Station Sdn Bhd atas tiga pertuduhan manakala pengarah dua syarikat berkenaan Jimmy Ng Choo Teong didenda RM51,150 bagi 11 pertuduhan dengan penjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut mendenda pemilik Hextra Service Station Haris Fadhillah Mohd Rosli, 49, sebanyak RM30,000 selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan dengan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Individu-individu berkenaan mengaku bersalah menjual diesel melebihi kuantiti yang dibenarkan di bawah arahan pengawal bekalan dengan kesalahan itu dilakukan di beberapa stesen minyak di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan pada Januari.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Preeya Darrsini dan peguam A. Rueban Kumar pula mewakili Ng manakala Haris Fadhillah tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#denda
#Hukuman
#penjualan diesel
#Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan