DUNIA
Stesen minyak meletup, tiga maut di Ireland

Letupan itu turut meranapkan bumbung blok rumah pangsa dua tingkat berhampiran. - Dublin Fire Brigade
DUBLIN: Tiga orang dilaporkan maut manakala lebih 30 lagi cedera akibat letupan di sebuah stesen minyak di Co Donegal, Ireland pada Jumaat, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Polis Ireland memaklumkan insiden berlaku pada 3 petang waktu tempatan di stesen minyak Applegreen di pinggir Creeslough, Ireland.
Letupan itu turut meranapkan bumbung blok rumah pangsa dua tingkat berhampiran.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami