awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stesen minyak tanpa subsidi di sempadan beri keuntungan kepada negara - Salahuddin

Bernama
Bernama
02/03/2023
09:21 MYT
Stesen minyak tanpa subsidi di sempadan beri keuntungan kepada negara - Salahuddin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub menyampaikan ucapan pada pelancaran Menu Rahmah Peringkat Negeri Kelantan di sebuah restoran hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Kewujudan stesen minyak tanpa subsidi di sempadan negara bukan sahaja mampu mencipta peluang perniagaan kepada rakyat malah memberi keuntungan kepada negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata ini kerana harga petrol RON 95 dan diesel masih rendah walaupun sudah diapungkan, berbanding negara jiran, sekali gus dapat memberi keuntungan kepada pengusaha stesen minyak tempatan.
"Kita juga sedang membuat perbincangan untuk mewujudkan stesen minyak di sempadan negeri Kelantan seperti di Rantau Panjang, Pasir Mas kerana harga petrol kita ketika ini adalah RM3.30 berbanding Thailand RM5.30 setelah diapungkan iaitu perbezaaan RM2.
"Oleh itu, bagi saya tidak rugi jika kenderaan daripada Thailand masuk ke Malaysia dan membeli petrol tanpa subsidi di negara kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah Peringkat Negeri Kelantan di Pasir Tumboh, di sini hari ini.
Sebelum ini, Salahuddin dilaporkan berkata dua lagi stesen minyak petrol dan diesel tanpa subsidi bagi membolehkan kenderaan pendaftaran asing mendapatkan bekalan bahan api itu, disasarkan untuk dibuka di sempadan negara dalam tempoh enam bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#stesen minyak tanpa subsidi
#Sempadan Negara
#kpdn
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan