awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stok MyKid habis! Ini tidak boleh diterima sama sekali - Tiong King Sing

Azizah Alwi
Azizah Alwi
14/04/2022
08:10 MYT
Stok MyKid habis! Ini tidak boleh diterima sama sekali - Tiong King Sing
Tiong King Sing akan membangkitkan isu di JPN Cawangan Bintulu ini kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk tindakan lanjut. - Foto BERNAMA
BINTULU: Bekalan kad pengenalan diri kanak-kanak (MyKID) di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Bintulu dilaporkan habis sejak lebih setahun lalu.
Sistem perincian yang digunakan bagi memproses kad pengenalan pula tidak dinaik taraf mengikut keperluan semasa.
Sebaliknya, pemohon diminta mengemukakan permohonan kali pertama di JPN Cawangan Kuching di Simpang Tiga, JPN Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, JPN Negara Sibu dan JPN Miri.
Perkara ini mengundang reaksi kecewa Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendesak masalah ini diatasi segera.
“Saya menegaskan bahawa Ibu Pejabat JPN serta JPN Cawangan Kuching perlu memandang serius terhadap isu ini dan patut ada perasaan malu dengan sistem perkhidmatan yang masih tidak ditambah baik.
“Fahamilah denyut nadi rakyat yang terpaksa menggunakan masa lama untuk mendapatkan perkhidmatan di lokasi yang jauh dari jarak kediaman mereka," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Dalam perkembangan sama, King Sing turut menggesa agar JPN Cawangan Bintulu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan masalah sama berulang.
“Perkara ini tidak boleh diterima sama sekali.
"Pengarah JPN Cawangan Bintulu perlu mengatasi perkara ini segera dengan menyelesaikan masalah di bahagian pendaftaran, menambahbaik kekurangan yang ada, memastikan mekanisme teratur dilaksanakan dan menangani isu kekurangan kakitangan.," katanya lagi.
King Sing dalam kenyataannya berkata perkara itu akan dibangkitkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk tindakan lanjut termasuk mempertimbangkan semula cadangan menubuhkan UTC Cawangan Bintulu demi kepentingan rakyat.
"Sebelum ini sudah ada perancangan untuk mewujudkan UTC di Bintulu yang bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai, namun ia telah dibatalkan.
"Sehubungan itu saya berharap agar Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan semula rancangan (untuk mewujudkan UTC di Bintulu) tersebut termasuk menaik taraf JPN Cawangan Bintulu," tegasnya.
Topic Berkaitan
#mykid
#JPN Cawangan Bintulu
#Tiong King Sing
#Hamzah Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan