awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid

Bernama
Bernama
19/03/2024
14:49 MYT
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Ahmad Zahid ketika hadir pada Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan di MRSM Felda hari ini. - Gambar Bernama
SLIM RIVER: Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sensitif yang terkelas dalam 3R (agama, institusi diraja dan kaum) itu, tidak harus dipandang ringan.
"Walaupun pihak KK Mart telah memohon maaf, namun ia bukan isu ringan.
"Ini bukan hanya isu agama sahaja tapi satu tanggungjawab yang tidak boleh dipandang ringan," katanya kepada pemberita pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Trolak di sini, malam ini.
Ahmad Zahid berkata isu tersebut perlu diselesaikan segera supaya ia tidak disalah tafsir dan tidak ditunggangi (dimanipulasi) oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Kita menyambut baik pandangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mengingatkan semua lapisan masyarakat, supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif melibatkan agama, kaum dan institusi diraja," katanya.
Sebelum ini, KK Mart memohon maaf selepas didapati menjual stoking itu di cawangannya di Bandar Sunway selepas ia tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRSM
#Kalimah Allah
#isu sensitif
#isu ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan