awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stor haram sorok LPG diserbu di Selama

Aida Aziz
Aida Aziz
26/02/2025
01:40 MYT
Stor haram sorok LPG diserbu di Selama
Pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis tersebut merupakan sebuah stor menyimpan LPG. - Foto KPDN Perak
SELAMA: Sebanyak 95 unit tong gas petroleum cecair (LPG) dengan nilai dianggarkan RM8,457.60 disita dalam serbuan ke atas sebuah premis di sini semalam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kesemua LPG itu didapati disorok dalam sebuah stor.
Katanya, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki pemilik premis gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit bagi urusan melibatkan barang kawalan LPG oleh Pengawal Bekalan Malaysia apabila diminta.
"Serbuan dilakukan jam 11.30 pagi pada Selasa oleh penguat kuasa KPDN Perak cawangan Taiping.
"Tindakan kes ini adalah hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dilaksana oleh penguat kuasa KPDN melalui Ops Api Biru.
"Pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis tersebut merupakan sebuah stor menyimpan LPG," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Kamalludin menambah, 95 unit tong LPG di mana 53 unit daripadanya mengandungi LPG telah disita.
"Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
"KPDN ingin memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.
"KPDN akan terus melaksanakan aktiviti penguatkuasaan melalui inisiatif Kita Gempur," katanya.
Ia sebagai langkah menangani isu manipulasi aktiviti perniagaan termasuk usaha mencegah penyelewengan barang kawalan, mengekang penipuan perniagaan dalam talian (edagang), membanteras monopoli dan kewujudan kartel.
Topic Berkaitan
#LPG
#kpdn
#serbuan
#sorok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan